Si.Budak.Sweet Bigfoots! Credits!
| Senyum:)
Assalammualaikum
Berkali-kali mengadu penat,
Hakikatnya, tak reti tidur awal
Berkali-kali mengadu banyak kerja
Hakikatnya, tangan di keypad samsung
Berkali-kali fikir semua di atas
yang membuat diri sentiasa senyum. :)
********
Tak pernah sangka akan jejak sini. Sebabtu sem lepas, hari-hari stress. Memaksa diri terima kenyataan yang aku kira kurang manis. Berapa kali air mata tumpah pun tak terkira. Berapa kali hati mengadu sakit pun tak terkira. Itu cerita sem lepas. Cerita budak baru belajar.
Naik sem dua, dah pandai bawa diri. Semua benda adalah cabaran. Cabaran yang mematangkan diri. Kalau lembik dan lemah macam mana nak tempuh dunia akan datang? Kerana itu, aku cuba nikmati hidup sementara ini dengan senyuman. Segaris senyuman mampu hilangkan kegusaran di hati. Bukan hati aku sahaja, tapi hati orang lain jua.
Macam mana aku tempuh Form6 yang aku kira zaman Hell. Walau berhari-hari disindir aku cuba senyum dan ketawa. Seolah-olah perkara paling lucu dalam dunia, walhal...
dan moga senyumanku sentiasa terlakar
bagi meredakan resah hatimu.
music:...esok akan tiba-nastia ft liyana fizi..
Lailan Sa'idan dunya,
Hari2 esok adalah hari2 senyuman. :)
Love, Kirazent
Labels: Gurindam.Jiwa |