Si.Budak.Sweet Bigfoots! Credits!
| SurvivalTrip2D1N in Seoul
Bismillahirrahmanirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Entry terbaru mengenai #SurvivalTrip2D1N Ayuni dan Farihah a.k.a Ariey di Seoul.
#Day 1
Interview Lotus Lantern Festival at Korea University.
Kami berharap kami tidak terpilih. Lolol!
Maka, lepas habis interbiu, dengan bergegas aku jumpa Ariey. Kitaorang janji jumpa dekat stesen Itaewon. Maka, bermulalah, episod menunggu sejam lebih.
Kemain budak sekor ni berjalan tak tengok phone, berderet ws aku hantar satu pun xseen. Satu je aku pikir, kut budakni kne rompak satu hape pun takde tu yg takdapat contact aku.
Padahal, budak ni berjalan merata lpstu tak cek phone. Nak ngamuk aku.. dahlah tak lunch lagi.
Tamat Kisah Menunggu Ariey.
Disebabkan terserempak dengan sekumpulan tourist Malaysia, makanya kami makan bersama. Yang Paling bertuah, diorang belanja. aku dah lama mengidam daging lembu ni. Tup, Tup ada orang belanja Bersyukur sangat2.
Kos semua makanan aku 14,000 won. makan lah di Makan Restaurant. tak rugi bayar mahal.
Them:) yang baik hati belanja kami.
View Petang di Masjid Itaewon
View Malam.
Lepastu, kami pi Myeongdong Market.
kalau nak street food Korean yang boleh diyakini halal makanlah kat Myeongdong. Setakat pergi haritu memang tak nampak diorang jual sundae (usus babi). Ada kawan cerita, diorang pi makan streetfood around unversity diorang then suddenly auntie ni bagi diorang rasa sundae. Kesian, termakan lah diorang sebab makcik tu kata tu bukan kkogi tweiji. So, korang nak merasa streetfood Korean better carik stall yang tak jual sundae.
Siput diaaaa mengancammm
Lepas pi Myeongdong Market, kitaorang pi Dongdaemun. kat sinilah sadis nya trip kitaorang. Mula2 ingatkan Dongdaemun bukan sampai 5.30 pagi padahal kitaorang sampai 11.30 which is last subway and market tu dah tutup. Merata kitaorang berjalan. Dalam keadaan sejuk2, macam takda arah pun ada. lepas dah terserempak dengan beberapa orang mabuk so kitaorang decide nak pi carik jjimjilbang ataupun public sauna.
Ni alamat jjimjilbang yang kitaorang cari, tapi malangnya takde sorang pun tau. Maka, berjalanlah merata untuk mencari.
Bila dah jumpa, jalan nak pi situ gelap pulak. So memang aku tak berani nak redah. Lagi sadis, aku muntah pulak dekat pokok mana ntah. Bersungguh aku tahan muntah sebab tak nak muntah tepi jalan. Tak pasal-pasal orang ingat aku minum, muntah tepi jalan. Budaya weekend Korea orang kata pi minum lepastu muntah sana-sini. Sudahh, aku pulak muntah malam weekend, tepi jalan lagi tu.. malu nokksss!
Last2 kitaorang lepak Lotteria 24 Hours. Lotteria ni fastfood restaurant macam McD, KFC diorang la.. Lepakla kitaorg sampai paginya. Take turn aku dan Ariey tidur. Tapi Jam 5 pagi, dua2 terlena.
Akan bersambung .....
|