______Super.Awesome!________
Si.Budak.Sweet

Navigation : touch my L.O.V.E



Diaries Me Linkies Stuff

hello stalker *hehehe* ! welcome to super awesome.


Bigfoots!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: cik kiah *wut-wut*
Others:   


10 Day Challenge: Day 3 (8 ways to win my heart)


Cantiknyaaaaaa... ayunii


Setelah seminggu berhempas pulas 'menggoreng' dalam report intern, aku sambung pulak kat sini...
Kalau tawaq habiaq sorryla, segala bahan perasa dah habis pi derma kat report intern.. 


Day 3.. yeayy!


          8 Ways to win my heart
  
  1. Pandai menyembang. Aku ni memang spesis nampak macam happy go lucky, banyak mulut, bingit sana sini.. tapi aku ni dalam kategori pemalu sebenarnya.. kalau jumpa dengan orang pertama kali, aku ragu-ragu sikit nak tegur.. yelah, dah banyak kali kena. Bila tegur, orang macam layan tak layan.. lagi teruk orang tak balas.. Ya Allahh, malu berbakul wehhh, so sekarang trauma la nak tegur orang tak kenal.. Tolongla cure kan trauma aku tu..

  1. Suka Kpop. HAHA.. as someone yang kipas-susah-mati (lama gila tak pakai word ni) Korea… Sejenis manusia begini sangatlah diraikan dalam hidup aku… kalau korang spesis ni.. aku rela bagi contact number and kita meet up kat mana-mana, bercakap 24 hours, seriuss..! I need a kpoppers friend… perempuan terutamanyaa, boleh sembang detail oppa mana kita minat kan kan kan… *sengih kerang busuk*


  1. Genre bacaan kita sama. Aku suka semua benda yang perlukan kita hayati, faham dan analisis.. Emm.. nak kata bahan bacaan literatur A. Samad Said pun tak lah jugak.. (Serius, karya A. Samad Said memang double, triple, susah nak faham) but mostly genre about life.. I really love to read other people experiences.. rasa macam kita alami.. and one more thing, I already done a lot of personality test, so terbuktilah aku ni memang type feeling person.. Malas lah nak sembang panjang pasal ni.. tanya pak cik google type personality ni macam mana yee..                           
                         
  1. Layankan perangai gila. Ayuni boleh jadi hyper secara tiba-tiba.. no joke. Kadang-kadang macam monkey, kadang-kadang jugak macam murai tercabut ekor.. Bingit! (HAHA). Korang kena layan, selagi tak layan selagi tulah aku behaved macamtu.. Lagi teruk sampai orang rasa annoying.. Tak percaya? Tanya Syafiqah Bukhari.. tu mangsa yang sentiasa rasa annoying dengan aku.. (Qabu mmuahhhh *big heart utk Qabu*). Lagi satu aku boleh jadi macam-macam jenis perempuan.. daripada yang gedik, gangster, ala-ala perempuan melayu terakhir pun boleh.. (ala-ala je lahh)…  Sebab dulu berangan nak jadi macam semua aku mention tuwww..


  1. Seorang advicer and best listener. Emm.. so far, setiap kali aku ada problem, ada beberapa orang yang aku suka kongsi masalah aku.. satu: sebab diorang ni pendengar yang baik. Walaupun aku tak cakap ‘dengar jee’ diorang ni memang tau job diorang untuk mendengar.. and diorang tau sejenis nasihat macam mana nak bagi untuk Ayuni yang kadang-kadang ada kepala sendiri nih.! Tapi paling best, aku penah call someone nih, sebab kasut aku hilang, (by that time was a hectic week okeyhhh!) aku call sambil menangis, that person angkat jer, dia terus gelakkk.. Kalau orang biasa-biasa ni, agaknya memang aku letak terus.. tapi entahlah, mungkin sebab aku selesa nak mati (again my hiperbola) aku pun sambung cakap sambil menangiss.. Buruknya woiii bila ingat balikkk!                                                                                                                               Dan, sekarang, serius.. aku memang tengah degil.. kalau orang yang salah bagi nasihat, memang kena fire balik dengan aku. (hati-hati lah korang nak advice akuu.. <_> ) tapi ada seorang ni kalau bagi nasihat kat aku, memang aku boleh dengar.. and somehow, eventhough that person knew my action was wrong, but  she will comfort me by pointing the good point on what I’ve been through.. and later baru dia explain apa yang salah… Lagi satu, this person suka pakai teori Spongebob.. semalam dia pakai teori Gary si siput spongebob mengamuk semata-mata sebab hingus.. untuk cuba terangkan, don’t let little things ruin our lives. Thank youu wehh *kelip-kelip mata*


  1. Pandai berlawak. Ya Allah aku suka duduk dan sembang dengan orang yang ada sense of humor ni.. Seronok menyembang dengan orang macam ni.. Mostly, orang macam ni tak payah bercakap atau buat apa-apa pun orang dah rasa kelakar (Okey, aku harap ada ‘Ong Seong Woo’ kedua dalam hidup aku. KAHKAH)… Kalau kau cuba-cuba nak buat lawak, baik batalkan.. sebab mostly aku menyampah.. lagi-lagi lawak bodoh pasal benda-benda malam pertama lah, apa lah… Gila menyampah tahap nak terkeluar taik telinga!


  1. Suka belanja aku. HAHA. Siapa tak suka weyyy, jimat poket aku. Nak-nak aku ni tajaan ma&pa. Memang bab belanja terhad gila. So kalau korang sudi nak belanja aku, jangan segan-segan.. jemputlah aku makan sekali.. kalau aku tolak tu, kau paksa je aku sampai aku terpaksa jugak ikut. (aku pun kena lah tunjuk acah macam aku tak mau orang belanja.. karang terang-terang korang kata materialistik pulakk. *sengih kerang busuk*) Disebabkan nak elak tanggapan materialistik tu, korang yang  belanja aku tuh, nanti aku balas balik.. sebab aku ni jenis ingat budi dan jasa orang.. tak macam ada orang tuuu .. eh??

  1. Hargai seorang Ayuni. Baru lagi benda ni jadi. Aku paling akan ingat orang yang hargai aku. Walaupun akhir perkenalan mungkinlah korang ada sakitkan hati aku, tapi kalau korang tunjuk korang hargai aku, baik dengan aku (belanja aku terutamanya.. HAHA) aku takkan benci korang.. sebab mak aku pernah pesan, jangan benci orang sampai kita tak nampak kebaikan dia .. (akukan anak mithalii.. *angkat kening sebelah*) Tapi tulah, akhir-akhir ni aku develop satu penyakit yang khas untuk aku. Aku tak boleh dengar, nampak, cakap, buat apa je yang ada kaitan dengan somebody nih.. serius, tahap menyampah tu memang tahap paling tunggu masa nak menggelegak.. (tak payah nak pandai-pandai nasihat aku pasal ni *Serious talk*) The reason is that person tak pernah hargai apa yang aku buat, hatta secubit (cubit okeyhhh) pujian pun tak pernah. The only thing that person know was throwing his tantrum and blaming my effort was useless (to be precise … sampah dia cakap) *smirking* tau tak aku stay up satu malam nak cuba fahamkan apa yang kau nak, belum campur lagi dengan perangai tak semenggah kau tu.. Penat nak faham jenis manusia macam ni sampai aku decide tak payah paham, benci je terus.. Lepas tu sesuka suki kau je, judge macam konon kenal aku nak mati (hiperbola tahap 8) padahal tak sedar, aku buat hal dengan kau je… Ehh, terluah pulakkk …..                                                             sila senyum semuaaaa, senyum itu sedekahhh *bbuing bbuing*
Pendek cerita, aku ni taklah kerek nak mati sampai paksa korang develop ciri-ciri ni (except yang ke-8) baru korang lepas nak kawan dengan aku. Aku pun hati tak tetap, kadang-kadang macam lalang.
Yang paling penting behaved macam diri korang sudahlahh, tak payah nak please orang sangat, it looks so pathetic okayyy. Bear in mind. Aku pun behaved as myself. Kalau yang paksa-paksa aku ikut telunjuk korang, maaflah ye, koranglah sejenis manusia yang aku pangkah awal-awal dalam hidup. Alergik lah dengan orang macam ni.. Nyah kauu!