______Super.Awesome!________
Si.Budak.Sweet

Navigation : touch my L.O.V.E



Diaries Me Linkies Stuff

hello stalker *hehehe* ! welcome to super awesome.


Bigfoots!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: cik kiah *wut-wut*
Others:   


10 day challenge: Day 2 (9 Things about myself)



Pencuci mata untuk awakkk. (lately minat this pelakon) Sila terjebak, cepatt!


Baru je semalam bebel hari-hari kat office free, petang tu dah dapat tugas. Hahaha.. tapi tapi tapi.. challenge kita tetap berjalan seperti biasa..

Day 2 challenge accepted.

9 THINGS ABOUT MYSELF

1.       Perkara wajib untuk describe diri aku adalah seorang yang tersangat gilakan kpop.. kira sekarang kalau buat speed quiz lagu melayu atau English, serious talk memang failed. Tau lagu piann jeww,.. aww.. hahaha..  *cuba baca sambil tersenyum*
Hiburan kpop ni diorang memang pentingkan kualiti rather than kuantiti (opinion aku okeyh, jangan kecam pulak!) Suka dengan scriptwriter drama korea, dialog dia memang padu.. sentap sampai jantung tau.. Genre drama yang tak terhad kepada cintan cintun jeww.. Bukan nak mengutuk hiburan  Malaysia, tapikan kalau korang perasan drama malaysia ni cliché je.. tayang babak sweet leleh air liuq.. Value yang nak dicontoh takdak, impact lakonan pun suam kuku, pendek cerita feel lakonan takdaa.. (kan dah terkomen ala David Teo :p) Lagi satu Korea ni sangat menghargai seni.. kita boleh  nampak tau based on interview artis kalau diminta describe watak atau lagu diorang.. Diorang gambarkan tu detail.. Tak cayee? Tengok sendiri..  Kalau drama or lagu nak tekankan satu-satu value, kita dapat rasa tau dari cara pembawaan artist tu sendiri.. Bukan nak kutuk gila-gila industri hiburan Malaysia, tapi  kita kene sedar  kualiti seni tu dah hilang.. sebab we have to bear in mind, orang enjoy tengok drama, dengar lagu bukan semata-mata nak release stress, gelak-gelak bodoh.. dalam masa sama kita nak educate society jugak.. Ishhh, panjang nye nak sembang part ni… senang cerita kalau kau nak list drama Korea yang berfaedah untuk diri kau, pm aku okehh.. kalau kau nak sembang pasal industri hiburan korea pun rogerla aku.. besar hati aku macam stadium bukit jalil.. dan…kau jangan nak mengutuk korea bodoh-bodoh depan aku… lagi-lagi guna point, korea ni bukan asli pun.. itu point lapuk tau takk? Okey. *heart*

2.       Seorang yang suam-suam kuku tang memasak.. Aku masak bila aku rasa aku nak makan benda tu jer.. hahaha.. Bukan pemalas turun dapur,  cuma tak suka memasak. Tapi bila aku  rasa benda ni macam sedap je, senang pulak tu..  aku akan buat.. Aku ni jenis orang yang nak makanan sedap.. tak sedap aku tak makan. Sebabtu kalau korang biasa keluar makan dengan aku, aku sanggup pergi tempat mahal yang sedap daripada harga murah tapi tawaq habiaq.. membazir tau  melabur duit kat benda yang takda kualiti.. ! Dan, aku suka orang yang masakkan untuk aku.. lagi satu jenis aku, kalau aku masak, ada je benda tak kene.. kadang-kadang tu rasa tak kene melampau-lampau sampai orang kata elok, aku rasa masin lah, tawarlah.. and end up aku tak boleh makan.. ini bukan pemalas okehh, sapa kata aku malas, aku stapler mulut korang. *tangan di pinggang* seriuss.. aku penah masak kacang panjang.. tapi entahla aku rasa tak sedap nak mati *tolonglah paham hiperbola aku* aku tak makan tau sayur kancang panjang untuk berapa lama tahh.. sebab aku rasa trauma.. Okehlah, karang korang kata aku pemalas pulak so aku senaraikan makanan apa yang aku penah  buat.. baru-baru ni aku masak nasi minyakk,, adalah dalam 3 kali masak.. (boleh check insta okeh), Udang goreng bercili (serius, yang ini aku masak sedapp… J) pavlova, fruit tart (favourite sangattt jadi  adalah beberapa kali dah buat)… Inilah senarai yang aku buat.. memang most of it effort aku.. Emmm.. lepas tak nak jadi calon menantu mak awakk? ^^,

3.       Seorang yang degil dan jangan nak pengaruh aku heh. Memang, paling pantang dalam hidup aku kalau orang kununnya nak nasihatkan aku.. tapi sebenarnya tengah memaksa aku untuk follow apa yang dia suggestkan.. Annoying tau tak .. *rolling eyes* Sebab  aku ni jenis orang yang takkan ambik keputusan semberono jer.. aku akan fikir habis-habis.. kalau aku rasa aku tak yakin, aku akan consult dengan orang aku percaya.. korang yang bukan tergolong dalam senarai aku percaya, jangan nak paksa-paksa, condemn-condemn apa yang aku buat.. kalau dah tak kenal aku tu buat je macam tak kenal.. berlagak kenal aku pulakkk.. annoying tau annoying? O,O

4.       Seorang yang suka puji diri sendiri kadang-kadang sampai korang rasa ‘’budak ni takda cermin ke apa kat rumahh?’’. Tau Internal Locus control tak? Ha, mende alah ni macam motivation dalaman.. kan aku pernah tulis sebelum ni.. support system paling kuat adalah bermula dari diri sendiri. Jadi salah satu cara dia, macamnilah.. puji je diri kau sendiri.. bukan kau bazirkan liuq orang pon kan kan kan..  habis-habis telinga diorang  bernanah je, kene tadah perangai kau tuhh.. tapi beragak sikit.. jangan kau pergi canang satu kampung  lepastu duk merendah-rendahkan anak orang lain.. Haishh, ni kepantangan aku ni.. kalau salah gunakan nasihat akuu… Ohh, lagi satu , siapa lagi yang nak puji diri kau kalau tak kau sendiri.. pakwe/makwe  kau tu, bermuka je lebih…. Banyak sangat tanam tebu kat mulutt..

5.       Seorang yang suka berangan. Masa kecik-kecik dulu aku selalu berangan  baju kahwin aku  (maju tau aku, korang haderr? *angkat dagu*)macam baju Cinderella.. kembang sana sini..  Besar sikit, bila dah pandai baca novel tebal-tebal.. aku bayangkan aku duk dalam rumah besar, ada karier sendiri, balik kerja lambat (Nampak macam perempuan yang berjaya tau kalau workaholic ni. Hihi)… Hurmm.. ada la jugak berangan laki aku nanti macam mana tapi angan dia takda impact.. macam angan-angan kosong.. tapi paling best aku berangan pergi korea duk berdiri depan woolim entertainment.. and guess whattt? Jadi kenyataannn…  That’s  why there is one quote said, the best dream is when you are awake. *senyum sampai telinga, pleaseJ *

6.       Seorang yang pendiam. Aku tau mesti ada kepala-kepala yang sibuk memerah otak fikir, celah mana datangnya pendiam? Tu maknanya aku  dah cukup rapat dengan korang  sampai tak detect sisi pendiam aku.. Basically, aku ni jenis pendiam kalau dengan orang baru kenal, atau orang yang aku tak selesa.. awkward lah senang cerita sebab aku prefer jadi pendengar je atau pemerhati ataupun tugu negara (kalau tahap awkwardnya menggunung KLCC).. Aku pun suka jadi pemerhati kalau dalam group discussion sebab aku kan jenis bertindak lepas fikir betul-betul.. tapi kalau ada percanggahan pendapat aku akan cuba dapatkan clear picture and consequences on each decision.. kalau apa yang aku cadangkan ditolak sebab majoriti.. aku ok jer.. sebab akukan senang nak bertolak ansur if it good for a group. Baikkan akuu? Puji cepatt..

7.       Seorang yang aktif. Aku suka bergerak sana sini, main sukan, lari sana-sini.. sebab seronokk.. rasa macam tak pernah membesar. Yelah, kanak-kanak je suka berlari, orang dewasa ni banyak alasan.. takut tu lah takut ni lah… Lagi satu, aku suka main sukan, sebab sukan,  work in a team.. and you need to know your team and opponent untuk berlawan.. baru ada kefahaman, nak rangka strategi and support each other…  tapi sekarang pemalas gilaaa? Macam mana nihh?

8.       Seorang yang tak suka luahkan apa yang dia rasa merata-rata. Pendek cerita, aku ni susah nak jujur tentang apa yang aku rasa. Bukan tak nak, masalahnya aku tak tahu nak rangka ayat macam mana.. Serius, exam BM aku A, tapi A tu tak mampu dibuktikan bila nak luahkan perasaan.. Kenapa heh? Ada jawapan tak?

9.       Seorang yang pandai menyanyi, suara sedap dan merdu gila. Malaslah nak jelaskan panjang-panjang.. korang pun dah tak larat nak baca apatah lagi aku yang menaip dan memerah otak ni. Terima jelah hakikat suara aku merdu.. nanti kita gi karok sesame ehh?  


Dah, tak payah kenal aku lebih-lebih, karang terjatuh cinta,  ada pulak  adegan tarik-tarik rambut.. Kehkehkeh..  
Terima je lah apa yang aku bagitau atas tu walaupun otak bijak korang tak leh hadam, sebab aku kan kuat memuji diri sendiri…


Bai bai..