Mohler sambung hari keenam... tapi tittle ni macammmm hurmm
sebab tak suka fikir macamtu. Despite of, outcome decision cam gampang (teruk giler la citer dia) aku rasa macam tak pernah la pulak terfikir cam tittle ni.
so biar aku rephrase tittle ni.
eh, suka hatila tulisan aku, heh💁
6 things I wish I'd never done to 6 things I never regret and most probably kalau jadi lagi, aku akan buat benda yg sama.
1) Supervisor Thesis
Yang ni serius epic gila. pernah le terfikir what If aku tak pilih si Syed ni? agaknya mesti thesis aku much better, and aku pun mesti work hard utk achieve result yang best. Tapi biasalah benda dah lepas jangan dikenang.
Yang pasti, aku akan tetap lawan org macamni. Walapun ramai org advice utk stay low sebab dia yg marking kan, No. Aku takkan kalah dengan org macamni. Kau nak tunjuk ego kau tinggi, mulut kau blh tahan longkang, well aku pun ada bitchy side. Pernahla org tanya. Tak takut ke kalau markah exam kau jatuh ke, or dia canang bnda buruk pasal aku kan. Tapi aku kisah apa.
Pertama, sebab lecturer lain tau aku macam mana dalam kelas. Kawan-kawan, even juniors tau aku macam mana. Come on, takkan kau nak jadi rude dgn org yang respect and appreciate kau.
Dia nak canang citer buruk pasal orang lantakla dia. After all, semua orang tau perangai dia macam mana. Oh, one more, the reason aku lawan balik sebab aku nak dia igt tak semua student U jenis tunduk, dengar and telan je toxic words and action dia tu. Orang macamni kena sedar langit tak selalunya tinggi, berjalan jangan asyik mendongak ke langit. Dia mungkin ada power, dia mungkin menang, tapi action macamni yang akan buatkan dia igt wujudnya org macam aku kat universiti ye. jangan nak pandang students especially perempuan lemah sangat okayy.
2) Exchange students😍
Awal-awal apply macam ragu-ragu sebab mesti byk pkai duit. lepastu dah la broke giler. Study pun fully funded by Ma&Pa. bunyi macam kaya gila kan, tapi takpun. pandai-pandaila hidup.
Okay, first apply sebab Faz ajak (perempuan ni last minute tukar pi Japan) and Jat bagi review positif. So aku decide apply utk spring session. Lepastu, dengar boleh apply scholarship so lagilah macam okay ni. Then, 3 weeks before fly baru tau tak dapat scholarship😓. masa tu macam nak contact En Hilmi nak bgitau nak cancel tapi karang kena carut dengan dia tak pasal-pasal pulak. Lepastu aku sorang je wakil Malaysian student pi Kongju. Cammm lagila serba salah.
Bila cerita dengan mak and along, diorang kononnya nak fully funded la semua expenses. Weyh, bila kira-kira nak dekat total 10k tauu. Semua bayar sendiri including dormitory. Nasib baik makan provided tapi tu pun selalu jugak makan kat luar. tak sanggup nak telan kimchi je tiap2 kali makan😔
Nasib sampai sana pandai berjimat. Despite of tak cover area orang pergi melancong, at least aku cover area yang org tak terfikir pun nak pergi. Paling best experience salah naik bas sampai ke Gangnam. nak dekat sejam baru perasan salah naik bas. Time tu la sedar seronok je explore Seoul naik bas. Next bucket list, nak travel solo to Korea😇😍
3) Form 6- STPM
Sebenarnya plan asal nak further STAM, tapi sebab tamak, nak pergi jugak PLKN so decide further f6 kat Kisas. Masuk sana pun dengan niat nak sambung STAM. cuma STAM diorang 1 1/2 tahun. tapi tah cemane tukar kelas masuk ekonomi. Haa, time ni pun mak and abah tak setuju. Yelah, ibaratnya sebelah kaki kau ke syurga (STAM kan) tiba-tiba eh, tak nampak dah bayangan syurga tuu. Aku je lah bayang cenggini sebab time tu pun ragu2 jugak. Tapi aku istikharah, serius aku cakap tu first time aku rasa aku buat keputusan yg betul despite of byk tentangan. Siap ada yang cakap tak kemana STPM ni, ramai ambik STPM tak sambung degree. Paling tak tahan, sembang dengan pak teh. Hurmm taklah sembang tapi more tu gaduh mulut jugakla. Sebabkan case tuu, pak teh mengadu kat mak yang aku ni boleh tahan. Susah la nak bawak bincang dia kata.😂
Aku yang dengar macammm.. whatt? Biasa je kutt, sebab dia yang dok persoalkan knapa tak further matrik/asasi tu semua. Dia tak tau ke time kelas Bio aku selalu tidur, Fizik pun sampai cikgu fed up nak layan soalan aku, chemist.. hurmm lagilah menganga tak tau nak tnya apa..
Lepastuuu, hehehe... time STPM tuu result aku antra the bestla. (Bagi aku la, kalau org lain rasa tak, kisah apa aku😆)
4) I choose not to fall in love during studies
Actually benda ni yang paling bersyukur ya amat. Nampak macam suci gila, even some people thought aku ni alim sgt konon taknak couple before kahwin. Padahal tak tau, aku yg pilih cenggini sebab benda alah ni serabut kutt. Sejujurnya aku sendiri tak tahu macam mana member2 aku boleh handle problem dgn bf diorang. Cukupla aku serabut dengan perangai Syed.. Ohh, by that time tak suka serabut kepala fikir pasal manusia ni. Sebabtu tiap kali cam ada orang try nak flirt, awal-awal kena friendzone.😂 Sorry kayy siapa kena friendzone tuu. Besar hikmah tak tersangkut dengan Ayuni😂 Oh, tapi pernah je broken teruk sebab kena reject. Tu bukan first time kena reject tapi broken dia tuuuu MasyaAllahhh, rasa nak hantuk kepala kat dinding. Time maghrib and isya' is the best time utk meratap😆Tapi nasib baik 2 minggu je, ohh, btw, menangis time mention atas ni je. Pergi and balik kelas still macam biasa, belajar tak affected. Cuma malam macam emo sikit laa🙈
Tu la kot first and last broken teruk. lepas tu boleh move on sendiri.
Okayy, cuma nak cakap sikit pun tak pernah rasa menyesal, malu ke apa sebab no bf. Serius enjoy sgt life masa belajar. crush di mana-mna.. haha
5) Kpop
Hurmm, sebenarnya tak tau dah nak letak point apa. so letak je lah kpop.😆
okay, basically dulu serius tak minat Kpop pun. Layan drama and variety show je.. tu pun Runningman je. Sebab dulu minded macam, tak faham maksud lagu so cemana nak feeling. Haaa, sekarang amik kau. Hooked on BTS and IU sebab most of lagu diorang memang kena la dengan jiwa akuu. Rasanya banyak kali aku tulis how Kpop save me during thesis dulu.. so taktau dah nak tulis apa.
Oh, btw hurmm... aku kan hooked on lagu IU-Through the night sebab lagu tuuu.......🙈🙈🙈😍😘 (aku sorang je tau apa yg aku nak tulis) hehehe
6) No turning back. Whatever decision I made in the past, Never regret about it.
Yang ni kira summarized hidup aku la. Aku suka fikir hikmah disebalik satu2 keputusan. Serius korang, kalau fikir part hikmah ni, korang akan jadi lebih bersyukur. Sampai sekarang, walau pahit cemane pun peristiwa tu, teruk macam mana pun orgtu cthnya Syed la kan, aku tak lah benci sgt. Dulu aku penah terfikir, time f6 pun kena benda yg sama macam dekat u, so benda ni relate dengan attitude aku ke? I mean, aku ni rude sgt ke sebab tak pernah la pulak aku selamba je cakap lepas dengan teacher or Syed (except tiap kali dia bg toxic words kat aku). Sampai aku blame diri sendiri. Tapi bila aku fikir dalam-dalam, benda dah nak jadi.. takkan asyik nak salahkan diri kan. tak kemana pun, so aku fikir on the bright side, orang-orang complicated macamni la nanti aku akan jumpa time kerja, time pergi mana-mana, kawan baru ke kan.. so aku dah tau cemane nak handle org macamni. Fight or flight bak kata psychology..
Setiap kali aku rasa aku susah gila-gila, aku akan kutip semangat based on these events. Sebab tak sangka aku akan survive time tu. Lagi satu tips utk sentiasa bersyukur is list down things that you already have/achieve in your life and imagine what if kalau those things takde.
Aku rasa sebabtu so far aku tak pernah menyesal dengan apa yg jadi, dengan sapa aku jumpa, siapa yg buat aku broken, semualah. Kalau tak jadi tu semua, aku sendiri tak tau kemampuan diri sampai mana and aku pun takkan bersyukur macam sekarang.
Yeay, tak taulah sejauh mana post ni bermanfaat bagi korang. Sebab bagi aku takde pun.😂
So aku nak tepek quotes from favourite author, Hlovate.
Me. Everytime buat mistake.
Reminder untuk semua. 💗
Thank you from,
Ayuniiii💖