______Super.Awesome!________
Si.Budak.Sweet

Navigation : touch my L.O.V.E



Diaries Me Linkies Stuff

hello stalker *hehehe* ! welcome to super awesome.


Bigfoots!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: cik kiah *wut-wut*
Others:   


#KacaPecah 2




Another
Kaca Pecah

Tapi

Belum masuk list.

Acanerrr... Haaaa


Tidurlah kut boleh menenangkan hati.
Ayuni.



Day 5 (6 things I wish I'd never done)




Mohler sambung hari keenam... tapi tittle ni macammmm hurmm
sebab tak suka fikir macamtu. Despite of, outcome decision cam gampang (teruk giler la citer dia) aku rasa macam tak pernah la pulak terfikir cam tittle ni. 
so biar aku rephrase tittle ni. 
eh, suka hatila tulisan aku, heh💁

6 things I wish I'd never done  to 6 things I never regret and most probably kalau jadi lagi, aku akan buat benda yg sama. 

1) Supervisor Thesis

Yang ni serius epic gila. pernah le terfikir what If aku tak pilih si Syed ni? agaknya mesti thesis aku much better, and aku pun mesti work hard utk achieve result yang best. Tapi biasalah benda dah lepas jangan dikenang. 
Yang pasti, aku akan tetap lawan org macamni. Walapun ramai org advice utk stay low sebab dia yg marking kan, No. Aku takkan kalah dengan org macamni. Kau nak tunjuk ego kau tinggi, mulut kau blh tahan longkang, well aku pun ada bitchy side. Pernahla org tanya. Tak takut ke kalau markah exam kau jatuh ke, or dia canang bnda buruk pasal aku kan. Tapi aku kisah apa. 
Pertama, sebab lecturer lain tau aku macam mana dalam kelas. Kawan-kawan, even juniors tau aku  macam mana. Come on, takkan kau nak jadi rude dgn org yang respect and appreciate kau. 
Dia nak canang citer buruk pasal orang lantakla dia. After all, semua orang tau perangai dia macam mana. Oh, one more, the reason aku lawan balik sebab aku nak dia igt tak semua student U jenis tunduk, dengar and telan je toxic words and action dia tu. Orang macamni kena sedar langit tak selalunya tinggi, berjalan jangan asyik mendongak ke langit. Dia mungkin ada power, dia mungkin menang, tapi action macamni yang akan buatkan dia igt wujudnya org macam aku kat universiti ye. jangan nak pandang students especially perempuan lemah sangat okayy.

2) Exchange students😍

Awal-awal apply macam ragu-ragu sebab mesti byk pkai duit. lepastu dah la broke giler. Study pun fully funded by Ma&Pa. bunyi macam kaya gila kan, tapi takpun. pandai-pandaila hidup. 
Okay, first apply sebab Faz ajak (perempuan ni last minute tukar pi Japan) and Jat bagi review positif. So aku decide apply utk spring session. Lepastu, dengar boleh apply scholarship so lagilah macam okay ni. Then, 3 weeks before fly baru tau tak dapat scholarship😓. masa tu macam nak contact En Hilmi nak bgitau nak cancel tapi karang kena carut dengan dia tak pasal-pasal pulak. Lepastu aku sorang je wakil Malaysian student pi Kongju. Cammm lagila serba salah. 
Bila cerita dengan mak and along, diorang kononnya nak fully funded la semua expenses. Weyh, bila kira-kira nak dekat total 10k tauu. Semua bayar sendiri including dormitory. Nasib baik makan provided tapi tu pun selalu jugak makan kat luar. tak sanggup nak telan kimchi je tiap2 kali makan😔
Nasib sampai sana pandai berjimat. Despite of tak cover area orang pergi melancong, at least aku cover area yang org tak terfikir pun nak pergi. Paling best experience salah naik bas sampai ke Gangnam. nak dekat sejam baru perasan salah naik bas. Time tu la sedar seronok je explore Seoul naik bas. Next bucket list, nak travel solo to Korea😇😍 

3) Form 6- STPM

Sebenarnya plan asal nak further STAM, tapi sebab tamak, nak pergi jugak PLKN so decide further f6 kat Kisas. Masuk sana pun dengan niat nak sambung STAM. cuma STAM diorang 1 1/2 tahun.  tapi tah cemane tukar kelas masuk ekonomi. Haa, time ni pun mak and abah tak setuju. Yelah, ibaratnya sebelah kaki kau ke syurga (STAM kan) tiba-tiba eh, tak nampak dah bayangan syurga tuu. Aku je lah bayang cenggini sebab time tu pun ragu2 jugak. Tapi aku istikharah, serius aku cakap tu first time aku rasa aku buat keputusan yg betul despite of byk tentangan. Siap ada yang cakap tak kemana STPM ni, ramai ambik STPM tak sambung degree. Paling tak tahan, sembang dengan pak teh. Hurmm taklah sembang tapi more tu gaduh mulut jugakla. Sebabkan case tuu, pak teh mengadu kat mak yang aku ni boleh tahan. Susah la nak bawak bincang dia kata.😂 
Aku yang dengar macammm.. whatt? Biasa je kutt, sebab dia yang dok persoalkan knapa tak further matrik/asasi tu semua. Dia tak tau ke time kelas Bio aku selalu tidur, Fizik pun sampai cikgu fed up nak layan soalan aku, chemist.. hurmm lagilah menganga tak tau nak tnya apa.. 
Lepastuuu, hehehe... time STPM tuu result aku antra the bestla. (Bagi aku la, kalau org lain rasa tak, kisah apa aku😆)

4) I choose not to fall in love during studies

Actually benda ni yang paling bersyukur ya amat. Nampak  macam suci gila, even some people thought aku ni alim sgt konon taknak couple before kahwin. Padahal tak tau, aku yg pilih cenggini sebab benda alah ni serabut kutt. Sejujurnya aku sendiri tak tahu macam mana member2 aku boleh handle problem dgn bf diorang. Cukupla aku serabut dengan perangai Syed.. Ohh, by that time tak suka serabut kepala fikir pasal manusia ni. Sebabtu tiap kali cam ada orang try nak flirt,  awal-awal kena friendzone.😂 Sorry kayy siapa kena friendzone tuu. Besar hikmah tak tersangkut dengan Ayuni😂 Oh, tapi pernah je broken teruk sebab kena reject. Tu bukan first time kena reject tapi broken dia tuuuu MasyaAllahhh, rasa nak hantuk kepala kat dinding. Time maghrib and isya' is the best time utk meratap😆Tapi nasib baik 2 minggu je, ohh, btw, menangis time mention atas ni je. Pergi and balik kelas still macam biasa, belajar tak affected. Cuma malam macam emo sikit laa🙈
Tu la kot first and last broken teruk. lepas tu boleh move on sendiri. 
Okayy, cuma nak cakap sikit pun tak pernah rasa menyesal, malu ke apa sebab no bf. Serius enjoy sgt life masa belajar. crush di mana-mna.. haha

5) Kpop

Hurmm, sebenarnya tak tau dah nak letak point apa. so letak je lah kpop.😆
okay, basically dulu serius tak minat Kpop pun. Layan drama and variety show je.. tu pun Runningman je. Sebab dulu minded macam, tak faham maksud lagu so cemana nak feeling. Haaa, sekarang amik kau. Hooked on BTS and IU sebab most of lagu diorang memang kena la dengan jiwa akuu. Rasanya banyak kali aku tulis how Kpop save me during thesis dulu.. so taktau dah nak tulis apa. 
Oh, btw hurmm... aku kan hooked on lagu IU-Through the night sebab lagu tuuu.......🙈🙈🙈😍😘 (aku sorang je tau apa yg aku nak tulis) hehehe


6) No turning back. Whatever decision I made in the past, Never regret about it.

Yang ni kira summarized hidup aku la. Aku suka fikir hikmah disebalik satu2 keputusan. Serius korang, kalau fikir part hikmah ni, korang akan jadi lebih bersyukur. Sampai sekarang, walau pahit cemane pun peristiwa tu, teruk macam mana pun orgtu cthnya Syed la kan, aku tak lah benci sgt. Dulu aku penah terfikir, time f6 pun kena benda yg sama macam dekat u, so benda ni relate dengan attitude aku ke? I mean, aku ni rude sgt ke sebab tak pernah la pulak aku selamba je cakap lepas dengan teacher or Syed (except tiap kali dia bg toxic words kat aku).  Sampai aku blame diri sendiri. Tapi bila aku fikir dalam-dalam, benda dah nak jadi.. takkan asyik nak salahkan diri kan. tak kemana pun, so aku fikir on the bright side, orang-orang complicated macamni la nanti aku akan jumpa time kerja, time pergi mana-mana, kawan baru ke kan.. so aku dah tau cemane nak handle org macamni. Fight or flight bak kata psychology..  
Setiap kali aku rasa aku susah gila-gila, aku akan kutip semangat based on these events. Sebab tak sangka aku akan survive time tu. Lagi satu tips utk sentiasa bersyukur is list down things that you already have/achieve in your life and imagine what if kalau those things takde. 
Aku rasa sebabtu so far aku tak pernah menyesal dengan apa yg jadi, dengan sapa aku jumpa, siapa yg buat aku broken, semualah. Kalau tak jadi tu semua, aku sendiri tak tau kemampuan diri sampai mana and aku pun takkan bersyukur macam sekarang.

Yeay, tak taulah sejauh mana post ni bermanfaat bagi korang. Sebab bagi aku takde pun.😂
 So aku nak tepek quotes from favourite author, Hlovate.




Me. Everytime buat mistake.



Reminder untuk semua. 💗


Thank you from,
Ayuniiii💖



Day 4 (7 thing that cross your mind a lot)




Hellooo people! 3 tahun nokk berhabuk dah. Umur pun dah nak 30 😭
One thing, that I reaaaaallly regret is tak write up my ups and downs kat sini. Omg, kalau tulis ni, for sure dah gelak sambil senyum bodoh throwback those hard moment. 

Now, nak continue 10 day challenge yang 3 tahun dah terlepas.

7 things that cross my mind a lot

1.  Future
Time exchange dulu, hari esok ibarat macam hadiah. Tak sabar nak tahu, walaupun takut jugakla, kut prank lipas ke apa kan. But still you eager want to know right? Same goes ''hari esok'' kat korea. tapi balik dari sana rasa macam future tu bakal jadi nightmare sampaila sekarang. I used to write PTD is one of my future career tapi by that time dalam kepala macam impossible lah. Now, here I am. Kadet PTD. Tapi tak happy and learning is not that fun😕. So, everyday is not a gift. Tapi macam nightmare. Keep regretting for not acting like supposed to be. Battling dengan diri sendiri. Super hard. So, now tengah takut gila what if after posting still macamni? or else terkandas, tak lepas jadi PTD?😩 Currently, ai is takut dengan future😔

2. Losing myself
Paling takut yang ini. I love myself especially during study, time first year and time kerja CIMB. Rasa macam jadi diri sendiri sangat. I mean, tak payah fikir langsung persepsi orang. Pakat redah nak buat apa. Karakter independent sgttt. tapi sekarang rasa macam slow-slow bergantung dengan org. And the fact that selalu rasa menyesal after something happened, paling shit gila lah. Takut sangat ni sign perubahan kepada personaliti. Same thing happened dengan Syed dulu. Which is taknakkkkkkkkk. pulangkan ayuniiiii yang duluuuu. okay, better fullstop sebelum lagi merepek. 

3. How do I look  when I fall in love
I can't imagine myself being in that situation. Tak suka cringe, tapi layan lagu jiwang. Konon tak tau nak luahkan tapi throwback posting semua siap menulis puisi. Facepalm weyhh. 😂😂😂
But seriously, untuk situasi sekarang, rasanya aku kuat jealous and macam aku pernah tulis, aku ni tamak, kalau boleh nak tau another side of him yg org lain tak tau tapi aku je yg tauuu.😂 
For sure, jgn berharap sangat. Like always advise, makesure tau limit sayang, suka kat orang. So that, if one day, that person gonna ditch you, kau taklah tergolek sampai takleh bangun. Your other half always there for you. Apa apa pun, jangan sesekali lupa diri and know your worth. Laff you dear😘

4. Macam mana boleh face those hard moments dulu.
Seriously, tak taula mana kutip kekuatan dulu. Like bayangkan, dalam kelas siap kena perli dengan teacher, but still blh control face expression. Tak boleh blah, kena perli dalam lecture hall kut, satu batch ada but still blh control emotion tu. Paling tak boleh blah, sikit pun aku tak maki or saying bad things to that teacher. tapi macam biasala, sekali je aku salam, lepas isu tak hulur tgn, memang idokla aku nak salam dah. And that was the last time aku jejak Kisas.😂 
Pasal Syed pulakk, yang ni tak boleh blah, gila berani aku lawan dengan dia. tapi siapa suruh kau cabar another side of me. Heyy, igt aku akan jadi wanita melayu terakhir makan je segala toxic words. Tapi part campak buku, GRO, time tu aku puas. Muka bodoh je aku bagi and also another part is bila terserlah kebodohan dalam group whatsapp😂. Bunyi kejamkan, tapi dia mmg deserved pun layanan cenggitu. okay, back to topic, aku paling kagum sebab at the end tak jadi nak failedkan thesis and keep writing. Despite of mulut dia cam haremmmm, and aku pun dah expect result aku C, but still aku siapkan jugaaaa. (In between to, tuhan je tau nak menanggung cemane.) Yuhuuu. 

5. Kids
Tipula kalau taknak ada family. Tolak tepi calon suami sebab sekarang ni, without husband pun you still can have kids kann.😂 Thing is, sekarang ni bahaya gila. Pedo di mana2. Even mak pun pesan, jangan sesekali tinggalkan anak perempuan dengan husbad/atok/any sedara lelaki. Never ever 100% put your trust on them. Tu nasihat mak which is baru aku nampak. Byk gila kisah pedo mula dari rumah. Just in case, ada org baca post ni, search insta or fb syed azmi. Lagi satu sekarang ni, bahaya lahh, dengan zaman teknologinyaa, suddenly aku terfikir tak payah ada anaklah. (sebab aku menaip umur aku dah 26 so minded aku cenggini, kalau time umur 23 rasanya aku akan tulis what kind of mother aku akan jadi)😂

6. Am I will be loyal fans of kpop sampai bila2?
Kelakar kan, benda ni come across a lot. 😂 2015- aku tulis, are we (me&along) still will be loyal fans of Infinite in 5 years akan datang. the answer is YESSS! How come I ditch my first boyfriends.
Even though dah split, L is not part of Infinite but still aku support. Drama baru dia jadi kucinggg, so  takkanlah tak support😭😭😭. Let say, one day aku stop watching kpop but still akan kenang diorang. Tengah malam, sambil buat reading, stuck, then suddenly popped up lagu BTS- Epilogue: Young Forever. Since that day, lagu tu yang jadi peneman everytime down. So, sampai bila-bila BTS and Kpop is special. 

7. Bila nak travel lagiii
Okay, supposely travel pi Penang dgn Yaya and Jo. Tapiii, dah jadi kadet jadah ni, cancel lah tiket. Nasib baik beli ticket dlm Malaysia je. but still, 😭😭😭. Travel partner paling best sbb masing-masing macam haremmm perangai. One more, jenis pakat redah and sekepala. Paling best moment dengan Jo, berani mati merayap kat  Dongdaemun pukul 1 pagi. Tak plan nak tidur mana. Last2 end up kat Lotteria, take turn tidur😂. Berani mati sebab by that time baru 3rd week kat Korea and both of us bukannya paham pun bahasa diorang, lpstu, dua2 Universiti dari country side. Sesat je memanjang tapi syokkk. For sure nak repeat Korea, sebab  dulu pergi as student. Broke gilaaa. Ni dah berduit nak pi Edae. nak shopping kasutttt and bajuuu. rambang gila mataaaa😍. Andd, nak travel naik bas pulak instead of subway.  Repeat pi Incheon, Wolmido and main slingshot. Andd nak pi Kongju.. nak cari oppa hotteok🙈 eh, takk, hotteok je.. hotteok sana sedapp😋
Muntahla dok baca benda sama😂 Lupa nak ulas pasal yaya, takpelah. Yaa, watak tambahan je. 

Okay done 7 benda tuu, and sebab aku tgh hype and excited bila citer pasal Korea so saja nak tepek gambar kat sini. Baru perasan, takde ulas sgt pun time exchange dulu😞 and boleh la try nak hidupkn watak Yaya🙊

Kalau nak muntah baca benda sama, telan balik please. Taknak post aku jadi punca korang muntah.😒


Laff Jojo, sebab melayan aku carik jalan pi Woolim lepastu tgh malam degil jugak nak cari Sauna House padahal masing2 dah penat. 

Hangang Park. Lepastu sesat cari jalan balik. Berkat kelebihan Jo boleh baca hangul, jumpala jalan yang benar.

Them:)  lepak makan fried chicken, pergi konsert, travel to Incheon and movie night.

Nah, Yaya the watak tambahan. Ni shooting place the baking of kim-tak gu.

From Kongju to Cheongju. Survive order tiket bas pakai hangul, lepastu communicate dengan local pakai body language, cuak takut terlepas stesen so tak tidur. Sebab kan tu, aku tau rupa Sejong city yang kalau tak silap macam Putrajaya kita la. Banyak Government office kat situ. In fact, Sejong city was the shooting place for Let's eat 3. No pic depan Kongju University. tah pape kan. Hurmmm

Oh em geee, kalau pi Wolmido, tolongla try naik Pirate ship diorang. 90' degree dengan laju gilaaa. Jarang menangis naik benda macamni, but this pirate memang cam harey. Tapi worth it la try skli seumur hidup. And next to wolmi theme park ada another theme park. kat situ ada slingshot. Shot  berapa ratus meter tah ke atas, takut la jugak, tapi sebab view laut Incheon so another worth it to try. Kalau tanya aku, yg ni serius aku nak main balik. 



Yeay, habisss. Another part of memory yang tak sempat nak update kat sini.
Again, kalau nak muntah lagi, silakan je lah. sebab memang yg ni experiences paling best. Travel solo, survive despite of hangul language suam2 kuku. Ada few kawan dengan local people, mingling with another international student, lepastu Alisyaaa, partner konsert and berbuka. 

Selamat malam with a short wish.. 
좋은 꿈이길 바라요😘

from your other half,
💓












The one who scared to the future.



Bismillahirrahmanirrahim,

"People rarely succeed unless they have fun in what they are doing." --Dale Carnegie

Last semester, there was a person said ‘’ you should consider your future career rather than interest’’. That girl was 4 Flat student in Matric (Accounting student tauu) and end up in a course that don’t have the clear path  in the future. I was smiling brightly and joke about our decision stuck in the wrong course.
No. That was not my intention to tease that girl. Because obviously you couldn’t argue that in front of others. Probably it will embarrass that person as I consider him as someone from high status.
I believe with ‘learning for fun’’ and do anything that make you feel happy. Rather than kejarkan kejayaan, lagi bagus dapatkan keseronokan, enjoy, dan bahagia dalam sesuatu.

‘’Pursue for excellence, success will chase you.’’3 Idiots movie sums up everything.

We all scared to the future but who knows our future? We may fail in exam, we may choose the wrong course, people will mock our decision but one thing that I really sure. Nobody knows our future better than us. Ilmu itu tak pernah rugi untuk dipelajari sekalipun orang mocking your decision. And never give up trying is far away better than quitting. 


*************

I wrote this because of I am the one who scared for my future. I already fail in exam. I dont want to repeat as I dont want to meet the same person. 
I planning to make up my mistake but still I afraid to take the first step. 

Rasanya, perkataan dreams tu macam dah lenyap dalam kepala ayuni. Yang hanya dia tahu takut, takut, takut.. 

That is why I dont like the ayuni yang sekarang. penuh dengan pengecut dan hanya fikir negative consequences. And that is why also, Ayuni yang ini selalu merindui ayuni di Korea yang memang berani dan fikir nak explore rather than mistake. Setiap single action yang diambil kat sana, tak pernah menyesal. Sebab fikir that was an experience. Experience doesn't come with regret and it only make us getting stronger. 

Mana tah pemikiran tu. :(

10 Day Challenge: Day 3 (8 ways to win my heart)


Cantiknyaaaaaa... ayunii


Setelah seminggu berhempas pulas 'menggoreng' dalam report intern, aku sambung pulak kat sini...
Kalau tawaq habiaq sorryla, segala bahan perasa dah habis pi derma kat report intern.. 


Day 3.. yeayy!


          8 Ways to win my heart
  
  1. Pandai menyembang. Aku ni memang spesis nampak macam happy go lucky, banyak mulut, bingit sana sini.. tapi aku ni dalam kategori pemalu sebenarnya.. kalau jumpa dengan orang pertama kali, aku ragu-ragu sikit nak tegur.. yelah, dah banyak kali kena. Bila tegur, orang macam layan tak layan.. lagi teruk orang tak balas.. Ya Allahh, malu berbakul wehhh, so sekarang trauma la nak tegur orang tak kenal.. Tolongla cure kan trauma aku tu..

  1. Suka Kpop. HAHA.. as someone yang kipas-susah-mati (lama gila tak pakai word ni) Korea… Sejenis manusia begini sangatlah diraikan dalam hidup aku… kalau korang spesis ni.. aku rela bagi contact number and kita meet up kat mana-mana, bercakap 24 hours, seriuss..! I need a kpoppers friend… perempuan terutamanyaa, boleh sembang detail oppa mana kita minat kan kan kan… *sengih kerang busuk*


  1. Genre bacaan kita sama. Aku suka semua benda yang perlukan kita hayati, faham dan analisis.. Emm.. nak kata bahan bacaan literatur A. Samad Said pun tak lah jugak.. (Serius, karya A. Samad Said memang double, triple, susah nak faham) but mostly genre about life.. I really love to read other people experiences.. rasa macam kita alami.. and one more thing, I already done a lot of personality test, so terbuktilah aku ni memang type feeling person.. Malas lah nak sembang panjang pasal ni.. tanya pak cik google type personality ni macam mana yee..                           
                         
  1. Layankan perangai gila. Ayuni boleh jadi hyper secara tiba-tiba.. no joke. Kadang-kadang macam monkey, kadang-kadang jugak macam murai tercabut ekor.. Bingit! (HAHA). Korang kena layan, selagi tak layan selagi tulah aku behaved macamtu.. Lagi teruk sampai orang rasa annoying.. Tak percaya? Tanya Syafiqah Bukhari.. tu mangsa yang sentiasa rasa annoying dengan aku.. (Qabu mmuahhhh *big heart utk Qabu*). Lagi satu aku boleh jadi macam-macam jenis perempuan.. daripada yang gedik, gangster, ala-ala perempuan melayu terakhir pun boleh.. (ala-ala je lahh)…  Sebab dulu berangan nak jadi macam semua aku mention tuwww..


  1. Seorang advicer and best listener. Emm.. so far, setiap kali aku ada problem, ada beberapa orang yang aku suka kongsi masalah aku.. satu: sebab diorang ni pendengar yang baik. Walaupun aku tak cakap ‘dengar jee’ diorang ni memang tau job diorang untuk mendengar.. and diorang tau sejenis nasihat macam mana nak bagi untuk Ayuni yang kadang-kadang ada kepala sendiri nih.! Tapi paling best, aku penah call someone nih, sebab kasut aku hilang, (by that time was a hectic week okeyhhh!) aku call sambil menangis, that person angkat jer, dia terus gelakkk.. Kalau orang biasa-biasa ni, agaknya memang aku letak terus.. tapi entahlah, mungkin sebab aku selesa nak mati (again my hiperbola) aku pun sambung cakap sambil menangiss.. Buruknya woiii bila ingat balikkk!                                                                                                                               Dan, sekarang, serius.. aku memang tengah degil.. kalau orang yang salah bagi nasihat, memang kena fire balik dengan aku. (hati-hati lah korang nak advice akuu.. <_> ) tapi ada seorang ni kalau bagi nasihat kat aku, memang aku boleh dengar.. and somehow, eventhough that person knew my action was wrong, but  she will comfort me by pointing the good point on what I’ve been through.. and later baru dia explain apa yang salah… Lagi satu, this person suka pakai teori Spongebob.. semalam dia pakai teori Gary si siput spongebob mengamuk semata-mata sebab hingus.. untuk cuba terangkan, don’t let little things ruin our lives. Thank youu wehh *kelip-kelip mata*


  1. Pandai berlawak. Ya Allah aku suka duduk dan sembang dengan orang yang ada sense of humor ni.. Seronok menyembang dengan orang macam ni.. Mostly, orang macam ni tak payah bercakap atau buat apa-apa pun orang dah rasa kelakar (Okey, aku harap ada ‘Ong Seong Woo’ kedua dalam hidup aku. KAHKAH)… Kalau kau cuba-cuba nak buat lawak, baik batalkan.. sebab mostly aku menyampah.. lagi-lagi lawak bodoh pasal benda-benda malam pertama lah, apa lah… Gila menyampah tahap nak terkeluar taik telinga!


  1. Suka belanja aku. HAHA. Siapa tak suka weyyy, jimat poket aku. Nak-nak aku ni tajaan ma&pa. Memang bab belanja terhad gila. So kalau korang sudi nak belanja aku, jangan segan-segan.. jemputlah aku makan sekali.. kalau aku tolak tu, kau paksa je aku sampai aku terpaksa jugak ikut. (aku pun kena lah tunjuk acah macam aku tak mau orang belanja.. karang terang-terang korang kata materialistik pulakk. *sengih kerang busuk*) Disebabkan nak elak tanggapan materialistik tu, korang yang  belanja aku tuh, nanti aku balas balik.. sebab aku ni jenis ingat budi dan jasa orang.. tak macam ada orang tuuu .. eh??

  1. Hargai seorang Ayuni. Baru lagi benda ni jadi. Aku paling akan ingat orang yang hargai aku. Walaupun akhir perkenalan mungkinlah korang ada sakitkan hati aku, tapi kalau korang tunjuk korang hargai aku, baik dengan aku (belanja aku terutamanya.. HAHA) aku takkan benci korang.. sebab mak aku pernah pesan, jangan benci orang sampai kita tak nampak kebaikan dia .. (akukan anak mithalii.. *angkat kening sebelah*) Tapi tulah, akhir-akhir ni aku develop satu penyakit yang khas untuk aku. Aku tak boleh dengar, nampak, cakap, buat apa je yang ada kaitan dengan somebody nih.. serius, tahap menyampah tu memang tahap paling tunggu masa nak menggelegak.. (tak payah nak pandai-pandai nasihat aku pasal ni *Serious talk*) The reason is that person tak pernah hargai apa yang aku buat, hatta secubit (cubit okeyhhh) pujian pun tak pernah. The only thing that person know was throwing his tantrum and blaming my effort was useless (to be precise … sampah dia cakap) *smirking* tau tak aku stay up satu malam nak cuba fahamkan apa yang kau nak, belum campur lagi dengan perangai tak semenggah kau tu.. Penat nak faham jenis manusia macam ni sampai aku decide tak payah paham, benci je terus.. Lepas tu sesuka suki kau je, judge macam konon kenal aku nak mati (hiperbola tahap 8) padahal tak sedar, aku buat hal dengan kau je… Ehh, terluah pulakkk …..                                                             sila senyum semuaaaa, senyum itu sedekahhh *bbuing bbuing*
Pendek cerita, aku ni taklah kerek nak mati sampai paksa korang develop ciri-ciri ni (except yang ke-8) baru korang lepas nak kawan dengan aku. Aku pun hati tak tetap, kadang-kadang macam lalang.
Yang paling penting behaved macam diri korang sudahlahh, tak payah nak please orang sangat, it looks so pathetic okayyy. Bear in mind. Aku pun behaved as myself. Kalau yang paksa-paksa aku ikut telunjuk korang, maaflah ye, koranglah sejenis manusia yang aku pangkah awal-awal dalam hidup. Alergik lah dengan orang macam ni.. Nyah kauu!




10 day challenge: Day 2 (9 Things about myself)



Pencuci mata untuk awakkk. (lately minat this pelakon) Sila terjebak, cepatt!


Baru je semalam bebel hari-hari kat office free, petang tu dah dapat tugas. Hahaha.. tapi tapi tapi.. challenge kita tetap berjalan seperti biasa..

Day 2 challenge accepted.

9 THINGS ABOUT MYSELF

1.       Perkara wajib untuk describe diri aku adalah seorang yang tersangat gilakan kpop.. kira sekarang kalau buat speed quiz lagu melayu atau English, serious talk memang failed. Tau lagu piann jeww,.. aww.. hahaha..  *cuba baca sambil tersenyum*
Hiburan kpop ni diorang memang pentingkan kualiti rather than kuantiti (opinion aku okeyh, jangan kecam pulak!) Suka dengan scriptwriter drama korea, dialog dia memang padu.. sentap sampai jantung tau.. Genre drama yang tak terhad kepada cintan cintun jeww.. Bukan nak mengutuk hiburan  Malaysia, tapikan kalau korang perasan drama malaysia ni cliché je.. tayang babak sweet leleh air liuq.. Value yang nak dicontoh takdak, impact lakonan pun suam kuku, pendek cerita feel lakonan takdaa.. (kan dah terkomen ala David Teo :p) Lagi satu Korea ni sangat menghargai seni.. kita boleh  nampak tau based on interview artis kalau diminta describe watak atau lagu diorang.. Diorang gambarkan tu detail.. Tak cayee? Tengok sendiri..  Kalau drama or lagu nak tekankan satu-satu value, kita dapat rasa tau dari cara pembawaan artist tu sendiri.. Bukan nak kutuk gila-gila industri hiburan Malaysia, tapi  kita kene sedar  kualiti seni tu dah hilang.. sebab we have to bear in mind, orang enjoy tengok drama, dengar lagu bukan semata-mata nak release stress, gelak-gelak bodoh.. dalam masa sama kita nak educate society jugak.. Ishhh, panjang nye nak sembang part ni… senang cerita kalau kau nak list drama Korea yang berfaedah untuk diri kau, pm aku okehh.. kalau kau nak sembang pasal industri hiburan korea pun rogerla aku.. besar hati aku macam stadium bukit jalil.. dan…kau jangan nak mengutuk korea bodoh-bodoh depan aku… lagi-lagi guna point, korea ni bukan asli pun.. itu point lapuk tau takk? Okey. *heart*

2.       Seorang yang suam-suam kuku tang memasak.. Aku masak bila aku rasa aku nak makan benda tu jer.. hahaha.. Bukan pemalas turun dapur,  cuma tak suka memasak. Tapi bila aku  rasa benda ni macam sedap je, senang pulak tu..  aku akan buat.. Aku ni jenis orang yang nak makanan sedap.. tak sedap aku tak makan. Sebabtu kalau korang biasa keluar makan dengan aku, aku sanggup pergi tempat mahal yang sedap daripada harga murah tapi tawaq habiaq.. membazir tau  melabur duit kat benda yang takda kualiti.. ! Dan, aku suka orang yang masakkan untuk aku.. lagi satu jenis aku, kalau aku masak, ada je benda tak kene.. kadang-kadang tu rasa tak kene melampau-lampau sampai orang kata elok, aku rasa masin lah, tawarlah.. and end up aku tak boleh makan.. ini bukan pemalas okehh, sapa kata aku malas, aku stapler mulut korang. *tangan di pinggang* seriuss.. aku penah masak kacang panjang.. tapi entahla aku rasa tak sedap nak mati *tolonglah paham hiperbola aku* aku tak makan tau sayur kancang panjang untuk berapa lama tahh.. sebab aku rasa trauma.. Okehlah, karang korang kata aku pemalas pulak so aku senaraikan makanan apa yang aku penah  buat.. baru-baru ni aku masak nasi minyakk,, adalah dalam 3 kali masak.. (boleh check insta okeh), Udang goreng bercili (serius, yang ini aku masak sedapp… J) pavlova, fruit tart (favourite sangattt jadi  adalah beberapa kali dah buat)… Inilah senarai yang aku buat.. memang most of it effort aku.. Emmm.. lepas tak nak jadi calon menantu mak awakk? ^^,

3.       Seorang yang degil dan jangan nak pengaruh aku heh. Memang, paling pantang dalam hidup aku kalau orang kununnya nak nasihatkan aku.. tapi sebenarnya tengah memaksa aku untuk follow apa yang dia suggestkan.. Annoying tau tak .. *rolling eyes* Sebab  aku ni jenis orang yang takkan ambik keputusan semberono jer.. aku akan fikir habis-habis.. kalau aku rasa aku tak yakin, aku akan consult dengan orang aku percaya.. korang yang bukan tergolong dalam senarai aku percaya, jangan nak paksa-paksa, condemn-condemn apa yang aku buat.. kalau dah tak kenal aku tu buat je macam tak kenal.. berlagak kenal aku pulakkk.. annoying tau annoying? O,O

4.       Seorang yang suka puji diri sendiri kadang-kadang sampai korang rasa ‘’budak ni takda cermin ke apa kat rumahh?’’. Tau Internal Locus control tak? Ha, mende alah ni macam motivation dalaman.. kan aku pernah tulis sebelum ni.. support system paling kuat adalah bermula dari diri sendiri. Jadi salah satu cara dia, macamnilah.. puji je diri kau sendiri.. bukan kau bazirkan liuq orang pon kan kan kan..  habis-habis telinga diorang  bernanah je, kene tadah perangai kau tuhh.. tapi beragak sikit.. jangan kau pergi canang satu kampung  lepastu duk merendah-rendahkan anak orang lain.. Haishh, ni kepantangan aku ni.. kalau salah gunakan nasihat akuu… Ohh, lagi satu , siapa lagi yang nak puji diri kau kalau tak kau sendiri.. pakwe/makwe  kau tu, bermuka je lebih…. Banyak sangat tanam tebu kat mulutt..

5.       Seorang yang suka berangan. Masa kecik-kecik dulu aku selalu berangan  baju kahwin aku  (maju tau aku, korang haderr? *angkat dagu*)macam baju Cinderella.. kembang sana sini..  Besar sikit, bila dah pandai baca novel tebal-tebal.. aku bayangkan aku duk dalam rumah besar, ada karier sendiri, balik kerja lambat (Nampak macam perempuan yang berjaya tau kalau workaholic ni. Hihi)… Hurmm.. ada la jugak berangan laki aku nanti macam mana tapi angan dia takda impact.. macam angan-angan kosong.. tapi paling best aku berangan pergi korea duk berdiri depan woolim entertainment.. and guess whattt? Jadi kenyataannn…  That’s  why there is one quote said, the best dream is when you are awake. *senyum sampai telinga, pleaseJ *

6.       Seorang yang pendiam. Aku tau mesti ada kepala-kepala yang sibuk memerah otak fikir, celah mana datangnya pendiam? Tu maknanya aku  dah cukup rapat dengan korang  sampai tak detect sisi pendiam aku.. Basically, aku ni jenis pendiam kalau dengan orang baru kenal, atau orang yang aku tak selesa.. awkward lah senang cerita sebab aku prefer jadi pendengar je atau pemerhati ataupun tugu negara (kalau tahap awkwardnya menggunung KLCC).. Aku pun suka jadi pemerhati kalau dalam group discussion sebab aku kan jenis bertindak lepas fikir betul-betul.. tapi kalau ada percanggahan pendapat aku akan cuba dapatkan clear picture and consequences on each decision.. kalau apa yang aku cadangkan ditolak sebab majoriti.. aku ok jer.. sebab akukan senang nak bertolak ansur if it good for a group. Baikkan akuu? Puji cepatt..

7.       Seorang yang aktif. Aku suka bergerak sana sini, main sukan, lari sana-sini.. sebab seronokk.. rasa macam tak pernah membesar. Yelah, kanak-kanak je suka berlari, orang dewasa ni banyak alasan.. takut tu lah takut ni lah… Lagi satu, aku suka main sukan, sebab sukan,  work in a team.. and you need to know your team and opponent untuk berlawan.. baru ada kefahaman, nak rangka strategi and support each other…  tapi sekarang pemalas gilaaa? Macam mana nihh?

8.       Seorang yang tak suka luahkan apa yang dia rasa merata-rata. Pendek cerita, aku ni susah nak jujur tentang apa yang aku rasa. Bukan tak nak, masalahnya aku tak tahu nak rangka ayat macam mana.. Serius, exam BM aku A, tapi A tu tak mampu dibuktikan bila nak luahkan perasaan.. Kenapa heh? Ada jawapan tak?

9.       Seorang yang pandai menyanyi, suara sedap dan merdu gila. Malaslah nak jelaskan panjang-panjang.. korang pun dah tak larat nak baca apatah lagi aku yang menaip dan memerah otak ni. Terima jelah hakikat suara aku merdu.. nanti kita gi karok sesame ehh?  


Dah, tak payah kenal aku lebih-lebih, karang terjatuh cinta,  ada pulak  adegan tarik-tarik rambut.. Kehkehkeh..  
Terima je lah apa yang aku bagitau atas tu walaupun otak bijak korang tak leh hadam, sebab aku kan kuat memuji diri sendiri…


Bai bai..






10 Day Challenge: Day 1 (Things you want to say to the 10 different people right now)


Disebabkan hari hari kat office banyak sangat masa lapang makanya wujudlah  challenge ini. 
Dedikasi cabaran harini adalah benda yang aku tak mampu atau tak sempat nak luahkan..
Kalau korang rasa korang salah seorang darinya, tolong menari samba sikitt, at least you are part of somebody memory :) 

So day 1 challenge accepted. 

DAY 1: TEN THINGS YOU WANT TO SAY TO THE 10 DIFFERENT PEOPLE RIGHT NOW

1.    Kita minat awak dulu sebab awak tu ada rupa jerr (serius  awak macam pelakon lelaki yang kita minatttt… sangat). Ni pengakuan jujur kita,… tapi awak baik jerr.. ahh, satu yang istimewanya, awak ada satu sisi yang tak semua orang tau kalau  diorang tak kenal awak betul-betul. Kita dengar cerita orang jerr  sebab  antara kita tak pernah sembang pun. Hurmm.. kita rasa awak tau kita admire awakk,….

2.    Awak yang ni pulak menyeksa hidup kitaa.. tau tak kita terseksa  dengan perangai awakk.. penat tau tak nak mengadap attitude awakk yang tak semenggah tuu, kalau ikutkan hati kita, nak je kita lawan balik apa yang awak cakap, tapi kita tau kedudukan kitaaa..  jadi pleaseee Fix your personality!! Or else people wouldn’t respect you anymore..

3.     Awakkk… terima kasih sangattt pinjamkan bahu, telinga, kepala… kita suka call awak kalau kita ada problem.. awak baikk sangat.. awak kawan kita yang paaaaaling kita selesa dan sayangg.. awak suka dengar kita membebel, awak jugak yang sanggup kena ‘longkang’ dengan kita.. ehh! Hubungan kita memang kadang-kadang gunakan bahasa ‘longkang’ hahaha…

4.  Awakkkkkk (baca gaya jeritt!) tau tak awak tu tak matanggg.. ada hati mengaku matang sangatt. Awak tu lagi kecik dari kita, minat jimmy neutron, spongebob, nasib baik awak tak minat dore the explorer.. lagi satu kenapa awak tak matang, sebab awak suka berlagak matang lepastu buat aksi-aksi comel.. menyampah tauu (rolling eyes) tapi tapi tapi… nasihat awak deep, kita suka ayat nasihat awakk, awak pun salah seorang support system kitaa.. sayangg awakkk jugakk <3

5.    Awak yang ni lambat betul. Kita banyak kali bagi hint kita admire awak.. tapi tak reti-reti nak balas balik.Tau tak peribahasa melayu ‘perigi cari timbaaa’?? Kita tak nak jadi perigi.. bagilah chance kita jadi timba.. awaklah yang jadi perigi.. tapi ni tak, siap bagi jawapan gantung tak bertali lagi.. hanging macamtu je.. konon  go with the flow! Heh….

6.  Awakkkk kita minat gila gila kat awakkk.. awak handsome sangattt.. tapi kalau kita jumpa depan-depan kita mesti maluu.. (Jumpa Farah Lee pun kita malu tauu ) Kita speechless la kalau jumpa dengan orang yang kita betul-betul minat.. Kita tau hubungan awak banyak sangat skinship sebabtu kita restrain dari fall in love dengan awakk.. nanti kita jealous nak mati.. tapi kita akan tetap setia minat dengan awak.. Jangan risau okehhh ..

7.   Hai awakk.. bertabah eh.. kita kan sebenarnya minat dengan awak.. in terms of ‘Love’. Kita cuba nak confess tapi kita rasa awak dah berpunyaa.. suka tengok awak yang baik-baik kucing tuu.. ohh, lagi satu awak ada satu trait yang kita terus  fall in love when I already knew that (sshh, rahsiaa).. sampai sekarang kita minat awakk *blushing* dan kita rasa awak takkan baca entry ni sebab kita tau awak ada masalah.. kita harap awak boleh deal problem awakk.. kita sokong dari jauh… J

8.   Awak sangat sempurna serba-serbi,, fizikal yang sempurna dan orang akan tertarik, personaliti yang baik saaangat, pandaii.. tapi sejujurnya, kita rasa macam rendah diri sangat.. kadang-kadang  kita rasa macam bodoh sangat bila dengan awak.. kita tak mampu nak luah apa yang kita rasa sebab ini bukan salah awak pun.. kita nak jauhkan diri pun kita tak mampu sebab kita tau awak baikkk sangatt…. *sigh sambil tunduk lantai*

9.  Awakkkkk… tau tak awak tu dulu buat kita terseksa berminggu-minggu.. nasib baik lepastu kita dah busy dengan projek, assignments dan segala macam aktiviti.. tau tak bukan senang nak deal  problem tu sorang-sorang (with the help of Allah)..  Lepas ni pun jangan buat dahh, harap awak sedar kesalahan awakk.. kalau ikutkan kita tak nak mengaku salah pon tapi apapun, kita sedar kita tetap ada kesalahan.. okay okay.. muhasabah diri balik wehh

10. I dedicate this to those who I not that close, rarely meet up tapi kita ada sejarah buat benda-benda merepek..
Korang ingat  tak kita stay up malam2 main hide and seek, baca novel, sembang benda  tak masuk akal, kacau orang sana sini, and then orang histeria pun acah sembang macam kawan rapat siap korek rahsia lagi.. Lagi seronok bila through ups and downs we have each other.. bila one of us ada problem, kita discuss dalam surau sampai pukul 3 pagi.. and we end up the conversation with the group hugs because we knew we have each other no matter how hard it is to endure…  I love you guys sangattt. Thank you for being part of my memory..

Terima kasih baca isi kandungan entry merepek ni sampai habis.. kalau korang rasa ada antara ni kawan-kawan korang suruh diorang baca tau (korang tak yah sibuk cerita, karang kau putar cerita hilang keaslian karya aku, dahlah tak mention copyright *tangan di pinggang*).. sebab hajat aku menulis ni memang nak sampaikan kat orang tu.. tapi jangan sibuk comment tanya  betul ke tidak.. korang yang treat aku macamtu, takkan tak ingat? Heh...

Bai bai... *flying kiss macam Jin, BTS*